Thursday

pembentangan pertama tesis

syabas dan taniah kepada kawan-kawan yang telah berjaya membentangkan hasil kerja masing-masing pada hari ni. Hanya 8 orang sahaja yang membentangkan hasil kerja, tetapi banyak faedah yang diperoleh untuk semua. Bagi kawan-kawan yang belem bentangkan kerja termasuklah saya, diharap dapat melakukan yang terbaik untuk pembentangan yang akan datang. Walaupun banyak teguran yang penyelia berikan diharap kawan-kawan yang lain dapat mengabil pengajaran dan penghayatan untuk membaiki kesilapan yang lalu. antara teguran-teguran yang diberi ialah:
  1. memastikan isi kandungan p&p jelas
  2. memasukkan sumber rujukan yang muktabar
  3. tidak mengulangi kesalahan-kesalahan yang dilakukan seperti dalam blog lain yang dianalisis
  4. memastikan laporan yang dihantar lengkap dan jelas.
hasil daripada pembentangan ini, saya juga telah dapat banyak tunjuk ajar untuk membaiki blog saya. insyaallah, untuk pembentangan yang seterusnya pada minggu hadapan saya akan melakukan yang terbaik......

No comments: