Thursday

LANGKAH DAN PANDUAN

Kajian yang dijalankan hendaklah berkaitan dengan pengintegrasian sumber maklumat laman web dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk yang dipilih serta berkaitan dengan bidang pendidikan masing-masing sama ada pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran. Blog digunakan bertujuan untuk memaparkan sumber-sumber maklumat yang telah saya cari, pilih, nilai dan akan digunakan dalam tajuk-tajuk yang saya pilih. Blog juga digunakan sebagai medan untuk anda menggunakan sebagai sokongan kepada pengajaran dan pembelajaran tajuk berkenaan.

Berikut adalah langkah-langkah atau panduan yang telah disediakan oleh penyelia perlu dihadapi bagi membantu saya dan rakan-rakan dalam proses pembinaan blog ini :

  1. Membuat analisis keperluan (berdasarkan maklumat dalam bab 1 dan bab 2 - kajian kepustakaan dengan menetapkan objektif blog, objektif pembelajaran).
  1. Membuat reka bentuk dan membangunkan (memperincikan kandungan; reka bentuk antara muka. Anda boleh create beberapa blog dan membuat pautan antara blog, yang penting isi kandungan blog dipaparkan sesuai dengan tajuk kajian. Perlu buat blog tentang proses dalam melaksanakan kajian - refleksi metakognitif ketika melakukan kajian - termasuk nanti semasa anda mencari maklumat. Dalam hal ini anda perlu mempelajari kemahiran membuat blog.
  1. Menyebarkan blog anda pada rakan-rakan lain dalam kumpulan ilmiah ini untuk mendapat maklum balas. Sila letakkan dalam menu links alamat blog masing-masing agar saya dan Dr Saemah dapat memantau kemajuan anda. Anda juga perlu dapatkan pengguna iaitu murid-murid sekolah sebenar untuk menilai kandungan pembelajarna dalam blog anda. Dalam hal ini, anda boleh mendapatkan anak-anak kakitangan ukm. Kita boleh buat special day - jika perlu. Dalam bulan puasa ini anda boleh arrange anak-anak yatim darul izzah dan anak-anak kakitangan keselamatan contohnya untuk dibawa ke makmal komputer - sambil belajar kandungan blog anda. Saya harap pelajar dapat arrange pertemuan ini. Boleh buat hari Ahad. Kalau program ke kemboja anda boleh uruskan, inikan pula program berskala kecil ini. Anda boleh gunakan kedua-dua makmal. Seorang pelajar boleh membawa 4-5 murid untuk guna komputer. Anda boleh aturkan proses pengujian dan penilaian ini. Dengan itu, disamping anda memantapkan kajian anda, murid sekolah juga dapat memanfaatkan kajian anda, anda juga boleh buat program tambahan - iaitu mengajar murid membina blog sendiri.
  1. Setelah mendapat maklum balas dari pelajar, anda boleh memperbaiki blog anda.
  1. Dalam proses menyiapkan blog kajian, anda perlu menyiapkan laporan dan uploadkan dalam folder masing-masing dalam group ini agar kami dapat memantau kajian anda.
  1. Sila ikut arahan kami dari masa ke semasa.

(( semua aktiviti berkenaan blog ilmiah ini akan dipantau oleh penyelia iaitu Dr Hjh Siti Fatimah dan Dr Saemah ))

No comments: