Saturday

jom ramai2 bina blog...

jom ramai2 bina blog sendiri.......ini la yang boleh eden katakan. dulu memang xda niat langsung nak bina blog ni. bila dah dapat pendedahan ni, rasa seronok plak nak uruskan blog ni...lebih baik lagi bina plak blog untuk proses pengajaran n pembelajaran..ni la satu teknik tok tarik minat pelajar tok terus minat kepada subjek yang nak diajar.....

dulu eden inagt susah nak bina blog ni, rupa2nya senang gileer.. kalau kawan2 nak bina blog boleh la layari laman www.blogger.com, pastu kawan2 ikut ja arahan kat ctu. dalam 3 step ja, kawan2 dah boleh wat blog...senangkan?.....HEHEH.........

SELAMAT MENCUBA....

hasil blog


ni la laman utama blog eden. kawan2 bleh la melayar kat

http://mustaqimmatali.blogspot.com





yang ni plak laman P&P. kalau nak tau tentang amalan berhias diri yang dilarang dalam islan kawan2 boleh la tegak kat cni. banyak info yang akan kawan2 akan dapat kat cni. kadang2 kita buat ja kan, tapi xtau plak dibolehkan atau tidak..
emmm, kalau nak tau lebih lanjut tengak la kat laman niii..
htt://adabberhias.blogspot.com




yang plak tengok ringkas ja kan. ni laman analisis blog. sebanyak 50 laman blog yang telah dianalisi kat laman ni. keputusannya eden letak kat sni.
dalam ni telah dinyataka 10 kriteria stabdard pemikiran untuk kita analisis setiap laman web/ blog...kalu cukup 10 ni boleh la wat jadi rujukan..
nak tau lebih lanjut lawat la kat cni
http://diaricapaian.blogspot.com

Wednesday

penaaat.......

walaupun penat,ku harus teruskan juga rintangan ini. untuk siapkan juga laporan kajian ni, eden terpaksa buka mata sampai 24 jam, asyik mengadap komputer ja. lepas tu kna g ptsl lg cari bahan untuk buat laporan.....xlarat nak taip da, memang penat gila ni.....

make up blog niiih...

alhamdulillah,eden dah dapat bina 4 blog niih. sekarang time nak make up plak la. eden telah masukkan beberapa gatget yang sesuai dalam blog yang telah dibina itu. penat jugak la nak buat niih, sebab baru nak belajar jinak-jinak ngan blog ni. jadi, bila nak tambah gatget ni kna buat banyak kali la. buat buang, buat buang, buat buang.......buat lagiiiii...

Thursday

pembentangan pertama tesis

syabas dan taniah kepada kawan-kawan yang telah berjaya membentangkan hasil kerja masing-masing pada hari ni. Hanya 8 orang sahaja yang membentangkan hasil kerja, tetapi banyak faedah yang diperoleh untuk semua. Bagi kawan-kawan yang belem bentangkan kerja termasuklah saya, diharap dapat melakukan yang terbaik untuk pembentangan yang akan datang. Walaupun banyak teguran yang penyelia berikan diharap kawan-kawan yang lain dapat mengabil pengajaran dan penghayatan untuk membaiki kesilapan yang lalu. antara teguran-teguran yang diberi ialah:
  1. memastikan isi kandungan p&p jelas
  2. memasukkan sumber rujukan yang muktabar
  3. tidak mengulangi kesalahan-kesalahan yang dilakukan seperti dalam blog lain yang dianalisis
  4. memastikan laporan yang dihantar lengkap dan jelas.
hasil daripada pembentangan ini, saya juga telah dapat banyak tunjuk ajar untuk membaiki blog saya. insyaallah, untuk pembentangan yang seterusnya pada minggu hadapan saya akan melakukan yang terbaik......

Friday

pembinaan blog

Maklumat dari penyelia:

Sehingga tahap ini anda telah pun mempunyai tajuk dan mempunyai blog. Untuk kajian ini anda akan mempunyai sekurang-kurangnya 4 blog yang berasingan.
1. Blog peribadi/personal (optional)
2. Blog tentang proses anda menjalani latihan ilmiah (anda perlu mencatatkan refleksi setiap proses yang ada lalui semasa membuat latihan ilmiah ini (proses kajian dan refleksi metakognitif)
3. Blog tentang laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda yang telah dipilih dan dinilai berdasarkan standard pemikiran (pemikiran kritikal)
4. Blog tentang pengajaran dan pembelajaran tajuk anda (pemikiran kreatif anda)

bila eden dapat maklumat baru dari penyelia yang seperti kat atas tu,eden pun bincang la ngan kawan2, nak buat camna plak ni.dok pikir la nak kena buat email lg ka.....rupanya da xkena wat email lagi la,gna satu email ja dah ok...

nak tau ke camna nak buat tu?
ok camni erk,buka laman blogger.com pastu anda akan lihat perkataan "create a blog".anda klik kat perkataan tu.anda boleh buat seberapa banyak blog yang anda mahu dengan menggunakan satu email sahaja..

bila dah tahu camtu,eden pun mula la tambah lagi blog eden tu sebagaimana yang ada sekarang ni la...

kat sini eden da dapat satu ilmu baru...syukur..




cubaan pembinaan blog

Masa ni eden tengah poning kepala ni. Xtau nak buat camna blog ni..maklumla eden ni kurang cekap dalam hal2 nak guna komputer ni. Pastu nak cari tajuk lagi. Mula2 tu eden nak buat tajuk iktikaf tp bla dapat komen dari penyelia terus x jadi nak buat tajuk tu. Fikir punya fikir dapat tajuk pakaian dan perhiasan.

Lepas tu eden cuba cari bahan-bahan kat internet.Dapat la banyak jugak bahan yang perlu tu..Pastu eden terus pilih tajuk ni la...
Bila da dapat maklumat,eden mula la nak bina blog plak. Alhamdulillah,siap gak stu blog yg mla tu, tapi xada aksesori lg la... Blog kosong

Thursday

LANGKAH DAN PANDUAN

Kajian yang dijalankan hendaklah berkaitan dengan pengintegrasian sumber maklumat laman web dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk yang dipilih serta berkaitan dengan bidang pendidikan masing-masing sama ada pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran. Blog digunakan bertujuan untuk memaparkan sumber-sumber maklumat yang telah saya cari, pilih, nilai dan akan digunakan dalam tajuk-tajuk yang saya pilih. Blog juga digunakan sebagai medan untuk anda menggunakan sebagai sokongan kepada pengajaran dan pembelajaran tajuk berkenaan.

Berikut adalah langkah-langkah atau panduan yang telah disediakan oleh penyelia perlu dihadapi bagi membantu saya dan rakan-rakan dalam proses pembinaan blog ini :

  1. Membuat analisis keperluan (berdasarkan maklumat dalam bab 1 dan bab 2 - kajian kepustakaan dengan menetapkan objektif blog, objektif pembelajaran).
  1. Membuat reka bentuk dan membangunkan (memperincikan kandungan; reka bentuk antara muka. Anda boleh create beberapa blog dan membuat pautan antara blog, yang penting isi kandungan blog dipaparkan sesuai dengan tajuk kajian. Perlu buat blog tentang proses dalam melaksanakan kajian - refleksi metakognitif ketika melakukan kajian - termasuk nanti semasa anda mencari maklumat. Dalam hal ini anda perlu mempelajari kemahiran membuat blog.
  1. Menyebarkan blog anda pada rakan-rakan lain dalam kumpulan ilmiah ini untuk mendapat maklum balas. Sila letakkan dalam menu links alamat blog masing-masing agar saya dan Dr Saemah dapat memantau kemajuan anda. Anda juga perlu dapatkan pengguna iaitu murid-murid sekolah sebenar untuk menilai kandungan pembelajarna dalam blog anda. Dalam hal ini, anda boleh mendapatkan anak-anak kakitangan ukm. Kita boleh buat special day - jika perlu. Dalam bulan puasa ini anda boleh arrange anak-anak yatim darul izzah dan anak-anak kakitangan keselamatan contohnya untuk dibawa ke makmal komputer - sambil belajar kandungan blog anda. Saya harap pelajar dapat arrange pertemuan ini. Boleh buat hari Ahad. Kalau program ke kemboja anda boleh uruskan, inikan pula program berskala kecil ini. Anda boleh gunakan kedua-dua makmal. Seorang pelajar boleh membawa 4-5 murid untuk guna komputer. Anda boleh aturkan proses pengujian dan penilaian ini. Dengan itu, disamping anda memantapkan kajian anda, murid sekolah juga dapat memanfaatkan kajian anda, anda juga boleh buat program tambahan - iaitu mengajar murid membina blog sendiri.
  1. Setelah mendapat maklum balas dari pelajar, anda boleh memperbaiki blog anda.
  1. Dalam proses menyiapkan blog kajian, anda perlu menyiapkan laporan dan uploadkan dalam folder masing-masing dalam group ini agar kami dapat memantau kajian anda.
  1. Sila ikut arahan kami dari masa ke semasa.

(( semua aktiviti berkenaan blog ilmiah ini akan dipantau oleh penyelia iaitu Dr Hjh Siti Fatimah dan Dr Saemah ))